Imigresen Tumpaskan Sindiket Palsu Dokumen Pengenalan Diri - Semasa | mStar

Imigresen Tumpaskan Sindiket Palsu Dokumen Pengenalan Diri

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri berteknologi tinggi selepas menahan dua lelaki warga Myanmar di sebuah kondominium mewah di ibu negara, semalam.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Imigresen, Mohd Zamberi Abdul Aziz berkata, kegiatan sindiket itu, yang memiliki kepakaran memproses pelbagai dokumen pengenalan diri dalam masa kurang 10 minit, berjaya ditumpaskan dalam satu serbuan pada pukul 1.30 tengah hari Isnin hasil intipan yang dilakukan kira-kira dua bulan lepas.

Beliau berkata, antara dokumen pengenalan diri yang dirampas ialah MyKad, pasport Malaysia, kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan lesen memandu.

"Dua suspek termasuk seorang yang masih bebas dikatakan menjalani kehidupan mewah kerana mampu mengaut untung melebihi RM30,000 sebulan atau RM36,000 hasil jualan pasport Malaysia yang dijual dengan harga RM18,000 setiap satu.

"Mereka turut memalsukan pasport negara lain yang dijual pada harga RM250 satu, visa Malaysia (RM500 setiap satu), Mykad (RM300 setiap satu) manakala kad UNHCR pula dijual pada harga RM30 setiap satu," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Mohd Zamberi berkata, pihaknya turut menemui 10 pasport Malaysia, 57 pasport Myanmar, 21 (Bangladesh), enam (Indonesia), dua (Thailand) dan satu (India) serta 30 MyKad asli dan palsu, dalam serbuan itu.

Beliau menambah, 93 cop Imigresen Malaysia dan Imigresen Myanmar palsu, 20 keping pelekat visa Malaysia palsu, 61 keping kad UNHCR dan pas lawatan kerja sementara (PLKS) turut ditemui dalam serbuan itu.

Selain itu, katanya Imigresen juga telah menemui peralatan memproses dokumen pengenalan diri seperti kertas pelekat keselamatan, mesin pencetak, komputer dan empat telefon bimbit dipercayai milik suspek.

Mohd Zamberi berkata, kedua-dua lelaki yang berumur sekitar 30-an itu kini ditahan di lokap Jabatan Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 12(1)(f) Pasport 1966 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Artikel Berikut

Jumlah Penumpang Udara Bertambah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain