suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tuanku Mizan Kurnia Pingat Darjah Kepahlawanan ATM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Khamis mengurniakan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada 288 penerima termasuk lima pegawai kanan tentera asing.

Pada istiadat yang berlangsung di Istana Negara di sini, Panglima Tentera Darat Diraja Thailand Jeneral Prayuth Chan-ocha dan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei Brigadier Jeneral Datuk Seri Pahlawan Yussof Abdul Rahman menerima pingat Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) Kehormat.

Turut dianugerahkan pingat yang sama, Mantan Kepala Staf Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Agustadi Sasongko Purnomo, Mantan Kepala Staf Angkatan Laut TNI, Laksamana Tedjo Edhy Purdijatni dan Mantan Kepala Staf Angkatan Udara TNI Marsekal Subandrio.

Sembilan menerima Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) dan 30 lagi dianugerahkan pingat Pahlawan Angkatan Tentera (PAT).

Seramai 244 penerima lain dianugerahkan Kesatriaan Angkatan Tentera (KAT) dan Bentara Angkatan Tentera (BAT). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain