Fomca Mahu Sistem Kupon Makanan Diagih Dengan Saksama - Semasa | mStar

Fomca Mahu Sistem Kupon Makanan Diagih Dengan Saksama

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), yang menyambut baik cadangan untuk mengadakan sistem kupon makanan bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin, mahu kerajaan memastikan pengedaran kupon makanan itu diperincikan dan dilaksanakan dengan saksama.

Presiden FOMCA, Datuk N. Marimuthu berkata sistem kupon makanan seumpamanya telah dilaksanakan di beberapa negara termasuk di Amerika Syarikat selama lebih 40 tahun dan didapati sangat berkesan untuk membantu golongan miskin.

Di Amerika Syarikat, sistem kupon makanan itu mempunyai beberapa kriteria tertentu seperti pendapatan isi rumah kurang daripada US$2,000 sebulan, jumlah orang kelainan upaya, ibu bapa berusia tua. Golongan pendatang turut dipertimbangkan dalam program itu.

Beliau mengulas cadangan kerajaan untuk memperkenalkan sistem kupon makanan bagi memastikan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik ke arah mencapai matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara yang ketujuh iaitu Kos Hidup.

Meskipun tidak pasti bagaimana sistem kupon makanan di Malaysia akan dilaksanakan, Marimuthu berharap satu kajian teliti akan dilakukan sebelum sistem itu diperkenalkan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak mendapat faedah.

Beliau berkata kajian menunjukkan bahawa dalam tempoh 10 tahun akan datang harga barangan makanan di negara ini bernilai dua kali ganda dan adalah wajar untuk melakukan persediaan bagi menghadapi kemungkinan itu sekarang.

"Sistem kupon makanan ini satu langkah tepat bagi menangani isu berkenaan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain