suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar Tidak Tahu Mengenai Isu PR Pelawa Ku Li Pimpin Pakatan Pembangkang

SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak mengetahui mengenai dakwaan wujudnya rundingan sulit bagi mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah agar menerajui pakatan pembangkang.

Malah Anwar berkata, beliau 'tidak dengar' mengenai khabar angin tersebut di kalangan pimpinan komponen Pakatan Rakyat yang dianggaotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP mengenai hasrat untuk mengetepikannya sebagai Ketua Pembangkang.

"Saya tak dengar daripada mana-mana pimpinan PAS, DAP dan PKR. yang saya dengar hanya daripada (Ahli Parlimen) Bayan Baru (Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim)," katanya ringkas pada sidang media di sini, Selasa.

Anwar mengulas mengenai dakwaan Zahrain bahawa Tengku Razaleigh atau Ku Li telah dipelawa memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika beliau (Anwar) disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Artikel Lain