suria

Disambut Bagai 'Hero' Oleh Penyokong PSM

KUALA LUMPUR: Anggota dan penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyambut pembebasan enam tahanan Ordinan darurat bagaikan 'seorang wira' dalam satu majlis yang diadakan khusus untuk meraikan mereka di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur/Selangor di sini malam Jumaat.

Sambutan itu diadakan kurang lebih tiga jam selepas mereka dibebaskan dari Balai Polis Jinjang pada jam 5.30 petang.

Mereka telah ditahan di bawah Ordinan Kecemasan sejak 28 hari yang lalu.

Dalam majlis untuk meraikan keenam-enam tahanan tersebut, para anggota dan penyokong PSM telah memberikan tepukan bergemuruh sebaik sahaja 'wira-wira' mereka memasuki dewan berkenaan sambil mengibarkan bendera parti mereka.

Sebahagian besar yang hadir telah mengenakan pakaian berwarna merah yang melambangkan bendera parti tersebut.

Yang pertama tiba ialah 'hero paling utama' iaitu ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar.

Turut hadir untuk menyambut 'wira-wira' ini ialah Pengerusi PSM, Nasir Hashim, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenavasan.

“Terima kasih semua...terima kasih. Jika tidak kerana anda semua kami mungkin masih berada di dalam tahanan. Ada cadangan untuk menahan kami untuk selama dua tahun," kata Dr Jeyakumar dalam ucapan ringkasnya.

Artikel Lain