Permata Perlu Peruntukan Lebih Banyak Untuk Berkembang:Rosmah - Semasa | mStar

Permata Perlu Peruntukan Lebih Banyak Untuk Berkembang:Rosmah

POKOK SENA: Program Permata Negara (PPN) memerlukan peruntukan yang lebih bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan yang memerlukan terutama di luar bandar.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Permata Negara berkata penubuhan pusat itu di luar bandar akan memastikan kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik.

"Saya sangat berharap supaya kerajaan dapat menambah peruntukan untuk program Permata ini kerana ia mendapat permintaan yang ramai daripada ibu bapa dan sekarang setiap pusat hanya dapat menampung lebih kurang 50 pelajar," katanya Khamis.

Beliau yang ditemui pemberita selepas melawat Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Parlimen Pokok Sena di sini, berkata setakat ini Kedah hanya mempunyai dua PAPN, manakala 41 tabika Kemas, tiga tabika Perpaduan dan satu pusat jagaan di tempat kerja menggunakan sukatan pelajaran PPN.

"Saya berpuas hati dengan perkembangan pusat Permata di Pokok Sena ini dan telah adakan perbualan serta penerangan kepada ibu bapa yang mana anak mereka hadir ke pusat ini," katanya.

Rosmah berkata satu lagi PAPN bakal ditubuhkan di negeri ini iaitu di Guar Chempedak di Yan dan dijangka beroperasi awal 2012.

PAPN itu antara 28 PAPN yang ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia ke-10, katanya.

Mengenai tenaga pengajar di PAPN, beliau berkata setakat ini ia mencukupi kerana mendapat permohonan terus daripada graduan yang baru menamatkan pengajian sama ada di peringkat diploma atau ijazah.

"Tenaga pengajar tiada masalah sebab kita dapat banyak permohonan terutama daripada mahasiswi yang baru tamat pengajian dalam bidang Early Childhood Education dan mereka diberi kursus khas sebelum mula mengajar," katanya.

Sementara itu ketika berucap, beliau berkata PPN tidak mempunyai kepentingan politik, sebaliknya penubuhan pusat itu adalah demi masa depan kanak-kanak dalam memastikan mereka mendapat pendidikan yang baik, efektif serta berkualiti tanpa memerlukan belanja yang besar.

"Sesiapa sahaja boleh mendaftar di Permata Negara, tidak kira fahaman politik, bangsa dan agama kerana kita mendidik anak-anak sifat jati diri, sifat mulia seperti bersopan santun dan bijak berinteraksi.

"Kalau kerajaan beri lebih sikit jangan marah sebab itu untuk kebaikan rakyat seluruhnya terutama kanak-kanak," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain