Wanita Perlu Buktikan Keupayaan Mereka - Semasa | mStar

Wanita Perlu Buktikan Keupayaan Mereka

PETALING JAYA: Wanita perlu membuktikan keupayaan mereka apabila dilantik sebagai pembuat dasar dalam sektor korporat kata Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia ( MPWIM), Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Nik Karim.

Beliau yang menyambut baik cadangan yang diumumkan oleh Kabinet pada Isnin berkata sudah tiba masanya wanita mengorak langkah kehadapan dan tidak dilantik sekadar memenuhi kuota 30 peratus yang diperuntukkan.

“Kita memang mengalu-alukan cadangan kerajaan ini. Sudah terbukti wanita juga mampu berdiri sama tinggi dengan golongan lelaki.

“Harapan saya supaya wanita tidak bersikap ‘kritikal’ apabila dilantik memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah dalam sektor korporat. Mereka perlu membuktikan keupayaan masing-masing dan bukannya dilantik sekadar memenuhi kuota 30 peratus yang diperuntukkan,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan jemaah menteri meluluskan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita akan dilantik sebagai pembuat keputusan dalam sektor korporat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkannya di Parlimen pada Isnin berkata pihak korporat diberi tempoh peralihan selama lima tahun untuk meningkatkan bilangan wanita sebagai ahli lembaga pengarah dan memegang jawatan tertinggi di syarikat masing-masing.

Najib berkata, kelulusan dasar ini adalah kesinambungan kepada "Dasar Sekurang-kurangnya 30 Peratus Wanita Di Peringkat Pembuat Keputusan Dalam Sektor Awam" yang diumumkan kerajaan pada tahun 2004, di mana pencapaiannya amat memberangsangkan.

Mengulas lanjut, Nik Safiah yang juga Ketua I Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) berkata, keputusan kerajaan itu memang tepat pada masanya kerana golongan wanita pada hari ini sudah memiliki taraf pendidikan yang tinggi dan layak dilantik sebagai pembuat dasar.

“Wanita pada hari ini mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan memang layak untuk dilantik.

“Ini juga membuktikan wanita mempunyai visi dan misi serta mereka mampu bersikap adil apabila dilantik memegang jawatan sebagai pembuat dasar dalam sektor korporat,” katanya.

Sementara itu, Puteri Umno menyifatkan keputusan Kabinet itu sebagai satu pengiktirafan terhadap sumbangan kaum wanita di negara ini tanpa mengira bidang apa yang mereka terlibat.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, keputusan tersebut memberi peluang yang lebih besar kepada wanita untuk berada di peringkat pembuat dasar dan juga pembuat keputusan.

”Namun di sebalik hasrat murni kerajaan itu, Puteri Umno sangat berharap sektor-sektor korporat mematuhi keputusan Kabinet dengan menyediakan tempat di peringkat pembuat dasar untuk kaum wanita yang berkelayakan.

”Ini kerana ada masanya sektor korporat dan sektor-sektor lain tidak begitu memandang berat keputusan yang kerajaan laksanakan terutama melibatkan usaha meningkatkan penyertaan kaum wanita di peringkat yang paling penting itu,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, keputusan Kabinet merupakan dorongan kepada kaum wanita supaya bekerja lebih keras lagi kerana peluang untuk mereka meningkat maju sehingga ke peringkat membuat dasar telah pun diperuntukkan.

”Inilah juga masanya semua wanita membuktikan bahawa kaum Hawa juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki dalam bidang apa sekali pun,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain