suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

16 Produk Taiwan Bebas DEHP - Tiong Lai

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan pada Sabtu mengesahkan 16 lagi produk Taiwan edaran syarikat CZC Bubble Tea Supplies bebas dari Di(2-ethylhexyl)Phthalate (DEHP) dan selamat untuk digunakan.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menganalisis kesemua baki produk Taiwan daripada syarikat itu dan hasil kajian mendapati kesemuanya bebas dari DEHP.

Namun begitu, beliau berkata kementerian akan meneruskan pemantauan yang serius terhadap kemasukan dan penjualan produk dari negara itu bagi memastikan yang ia tidak mengancam kesihatan rakyat negara ini.

Beliau juga mahu agar semua syarikat dalam industri makanan lebih berhati-hati dan meningkatkan tahap keselamatan syarikat mereka.

"Kita nak setiap syarikat yang keluar bahan-bahan makanan perlu ada sistem keselamatan makanan dan harap mereka dapat mengadakan pemeriksaan rapi dan tiada lagi bahan-bahan tercemar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran pendidikan kesihatan dan kesedaran kesihatan di Midvalley.

Liow juga berharap segala maklumat berkenaan produk yang disyaki tercemar DEHP perlulah dilaporkan kepada pihaknya supaya kajian dan penguatkuasaan dapat dilakukan dengan proaktif dan berkesan. -BERNAMA

Artikel Lain