152,000 Pelajar Berhadapan Tindakan Dihentikan Pinjaman PTPTN - Semasa | mStar

152,000 Pelajar Berhadapan Tindakan Dihentikan Pinjaman PTPTN

TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memberhentikan pinjaman kepada 152,000 pelajar berikutan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang diperolehi mereka adalah 2.0 ke bawah.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata, jumlah pelajar yang ditamatkan pinjaman itu membabitkan pinjaman sebanyak RM632 juta.

"Mereka sebelum ini merupakan pelajar terbaik yang maju dalam pelajaran tetapi atas sebab tertentu pembelajaran mereka semakin merosot dan keputusan peperiksaan semester dua gagal mencapai 2.0 mengikut PNGK.

"Bagaimanapun jika mereka berjaya mendapat keputusan PNGK 2.0 ke atas dalam peperiksaan berikutnya PTPTN akan menyambung semula pinjaman tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan pinjaman PTPTN kepada seramai 100 pelajar kawasan Parlimen Kuala Krau yang layak memasuki IPTA dan IPTS di Jengka dekat sini Jumaat.

Ismail berkata, PTPTN memberi pinjaman sebanyak RM38.69 juta kepada seramai 1.75 juta pelajar setakat ini.

Dalam pada itu katanya, PTPTN melupuskan pinjaman sebanyak RM277.99 juta kepada seramai 9,545 pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama pada tahun lepas.

"Tindakan menyenaraihitamkan mereka yang liat membayar pinjaman diteruskan dan sehingga kini seramai 132,180 orang berada di bawah senarai berkenaan," katanya.

Katanya seramai 12,400 peminjam membayar balik pinjaman dengan kutipan berjumlah RM113.9 juta.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

99.99 Peratus Persamaan Dengan Anwar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.