PM Lancar Dana RM100 Juta Untuk Bangun Usahawan Tekno - Semasa | mStar

PM Lancar Dana RM100 Juta Untuk Bangun Usahawan Tekno

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis melancarkan Dana Permulaan Perniagaan berjumlah RM100 juta bagi pembangunan usahawan tekno di bawah Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

Dana yang diluluskan kerajaan itu membuktikan keprihatinan kerajaan melahirkan generasi technopreneur yang bakal mempunyai peluang menerokai bidang-bidang baru, katanya semasa berucap melancarkan dana itu di Universiti Teknologi MARA di sini.

Najib berkata usaha pembangunan ini selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan kerajaan.

"Jika hendak Malaysia menjadi negara berkemampuan tinggi, asasnya ialah teknologi. Jika dijana kekayaan menerusi teknologi, kita akan jadi negara maju," katanya di sini.

Tanpa penguasaan teknologi, beliau berkata Malaysia akan tewas dalam persaingan global yang semakin sengit.

Najib berkata, dengan terlaksananya dana permulaan perniagaan, ini akan membuka jalan untuk ramai anak muda tampil ke hadapan mengambil risiko menerokai bidang baharu.

Beliau berkata Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan universiti-universiti lain bersama-sama dengan MTDC akan melakarkan ekosistem yang mendorong pembangunan technopreneur bukan sahaja di rantau ini malahan peringkat global.

Katanya dana baharu itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan dengan memberikan pembiayaan yang fleksibel, tanpa cagaran dengan tempoh pembayaran balik selama lapan tahun.

Kumpulan sasaran dana itu ialah syarikat-syarikat di peringkat permulaan yang berasaskan teknologi.

"Syarikat-syarikat ini mesti dimiliki 70 peratus oleh usahawan atau sekumpulan usahawan sepenuh masa rakyat Malaysia. Syarat-syarat lain permohonan dana ini boleh dicapai melalui laman web MTDC, www.mtdc.com.my, " katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL