Video Seks: Rahim, Shazryl Bebas Dengan Ikat Jamin - Semasa | mStar

Video Seks: Rahim, Shazryl Bebas Dengan Ikat Jamin

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki berhubung video aksi seks seorang lelaki yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur warga asing.

Adalah difahamkan dua individu yang ditahan ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay.

Mereka kini dibebaskan dengan ikat jamin.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Deputi Komisioner (DCP) Datuk Ghazali Md. Amin berkata, beberapa barangan yang boleh digunakan sebagai bukti turut dirampas daripada dua individu terbabit.

"Salah seorang daripada mereka memberitahu kami tentang lokasi penggambaran video seks itu. Kami telah menghantar satu pasukan forensik bersama para pegawai penyiasat ke tempat berkenaan.

"Kedua-dua mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin polis sementara siasatan diteruskan," katanya tanpa mendedahkan identiti dua lelaki itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis sedang mengenalpastikan individu yang dirakam dalam video itu selain individu yang merakamkan aksi seks tersebut.

Pada Khamis, dua daripada trio, "Datuk T" iaitu Abdul Rahim dan Shazryl menyerahkan video aksi seks seorang lelaki bersama jam tangan, yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang kepada polis.

Polis turut mengambil keterangan mereka.

Individu ketiga "Datuk T" ialah bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Ketika ditanya kenapa dua individu tersebut tidak ditahan apabila hadir ke ibu pejabat polis, Ismail berkata: "Beritahu saya apakah kesalahannya (yang dilakukan oleh mereka)?"

Bagaimanapun, tambah beliau, polis akan menahan trio tersebut sekiranya mereka terbabit dan terdapat bukti yang mencukupi.

"Biarlah kami kenal pastikan sama ada mereka telah melanggar undang-undang terlebih dahulu. Polis boleh menahan mereka kemudian," katanya.

Ismail turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi liar mengenai perkara tersebut tetapi sebaliknya, menyerahkan kepada polis untuk menjalankan tugas mereka.

"Kami sedang menyiasatnya secara terperinci dan secepat mungkin," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain