suria

Najib Berangkat Pulang Selepas Lawat Australia

MELBOURNE: Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas pulang ke tanah air hari ini selepas mengadakan lawatan tiga hari ke Australia.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta rombongan berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada 6.35 petang (3.35 petang waktu Malaysia).

Sebelum itu, Najib berada di Universiti Monash untuk menerima Anugerah Doktor Kehormat Persuratan Undang-undang dari universiti itu.

Lawatannya ke Australia adalah yang pertama sejak belaiu menjadi Perdana Menteri pada April 2009.

Najib juga telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, di Canberra. -BERNAMA

Artikel Lain