suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hassanuddin Salim Calon PAS DUN Kerdau

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menjulang tangan calon PAS bagi Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Kecil (DUN) Kerdau, Hassanuddin Salim (dua kiri), selepas mengumumkan calon parti itu di Temerloh, Jumaat malam. - Foto BERNAMA

TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43, dipilih mewakili PAS bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di markas induk parti itu di Kerdau, Khamis malam.

Hassanuddin yang berasal dari Kampung Loyang di sini bakal berhadapan dengan Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu nanti.

"Ini adalah amanah yang cukup berat, tetapi insya-Allah dengan sokongan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, DUN Kerdau ini akan dirampas oleh PAS.

"Walaupun amanah ini cukup berat, tetapi dengan kekuatan dan iltizam, kita akan bekerja dengan baik untuk rampas DUN Kerdau ini." katanya semasa menyampaikan ucapan ringkas selepas diumumkan sebagai calon PAS di sini.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Temerloh pernah mewakili parti itu pada pilihan raya umum ke-12 di DUN sama.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada Sabtu ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain