Muhyiddin Luangkan Masa Bermesra Dengan Penduduk Di Limbang - Semasa | mStar

Muhyiddin Luangkan Masa Bermesra Dengan Penduduk Di Limbang

LIMBANG: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini meluangkan masa selama 50 minit untuk beramah mesra dengan penduduk sekitar bandar Limbang.

Sebelum itu beliau menghadiri majlis taklimat tertutup program pembangunan Limbang di rumah rehat kerajaan di Bukit Mas di sini.

Beliau yang diiringi Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan telah bersarapan bersama kira-kira 2,000 penduduk pelbagai lapisan masyarakat di Pasar Tamu Besar Limbang.

Selesai bersarapan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut melawat tapak program hari bertemu pelanggan anjuran Kementerian Pelajaran di tebingan Sungai Limbang.

Timbalan Perdana Menteri kemudiannya berlepas ke Lawas untuk menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Stadium Tertutup Lawas sebelum membuat tinjauan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas pada tengah hari dan seterusnya ke Sekolah Kebangsaan Awat-Awat Lawas sebelum ke Labuan menaiki helikopter.

Muhyiddin dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini menaiki pesawat khas dari Labuan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

MRSM Kekalkan Kecemerlangan Dalam PMR

Artikel Berikut

Omar Kekal Jawatan Presiden Cuepacs

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain