suria

PR Dijangka Bertemu Untuk Tentukan Siapakah Ketua Pembangkang Baru

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat(PR) akan mengadakan pertemuan segera untuk menentukan siapakah yang bakal mengetuai mereka di Dewan Rakyat ekoran keputusan dewan itu Khamis untuk mengantung Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR - Permatang Pauh) selama enam bulan.

Terdapat juga kemungkinan PR mengosongkan kerusi tersebut dalam tempoh pengantungan berkenaan.

Pengantungan yang dikenakan ke atas Anwar berkuatkuasa serta merta dan beliau hanya akan kembali menerajui barisan wakil-wakil rakyat pembangkang menjelang 15 Jun 2011.

Oleh yang demikian, Anwar akan terlepas untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada bulan Mac dan juga sebahagian sesi persidangan pada bulan Jun.

Artikel Sebelum

Artikel Lain