Tiada Peruntukan Tetap Kepada Isteri PM - Semasa | mStar

Tiada Peruntukan Tetap Kepada Isteri PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menyediakan peruntukan tetap atau peruntukan kunjungan luar negara tahunan secara khusus kepada isteri Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isteri Perdana Menteri bagaimanapun layak menerima dan menuntut perbelanjaan yang tertentu seperti kelayakan elaun makan, penginapan, sara hidup dan pakaian panas.

"Ia termaktub di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) berkenaan elaun-elaun dan keistimewaan bagi Perdana Menteri.

Akta itu menyatakan isteri Perdana Menteri yang mengiringi semasa lawatan rasmi atau semasa membuat lawatan rasmi secara bersendirian ke luar negara atau dalam negeri adalah layak menerima dan menuntut perbelanjaan seperti kelayakan elaun makan, penginapan, sara hidup dan pakaian panas," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) di persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.

Liew mahu Perdana Menteri menyatakan bilangan kakitangan kontrak dan tetap, peruntukan tetap, peruntukan kunjungan luar negara dan kemudahan lain yang diperuntukkan untuk isteri Perdana Menteri dari tahun 2000 hingga 2010.

Najib berkata tiada kakitangan tetap dan kontrak yang disediakan khusus untuk isteri Perdana Menteri berikutan pegawai-pegawai dari pejabat Perdana Menteri dari semasa ke semasa membantu isteri Perdana Menteri dalam menjalankan tugas-tugas rasmi beliau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

103 Bekas Anggota PAS Sertai Umno

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL