Lapan Kes H1N1 Dilaporkan Dalam Tempoh 14 Hingga 20 November - Semasa | mStar

Lapan Kes H1N1 Dilaporkan Dalam Tempoh 14 Hingga 20 November

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin hari ini mengesahkan lapan kes Influenza A (H1N1) dilaporkan dalam tempoh 14 hingga 20 November.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada terhadap perkembangan tersebut dan mengambil langkah pencegahan termasuk mengambil vaksin bagi mengelak jangkitan virus tersebut daripada merebak.

"H1N1 kini dikategorikan sebagai endemik, iaitu penyakit yang akan berterusan berlaku di kalangan masyarakat. Namun, tiada kematian dalam tempoh ini."

"Tetapi orang ramai dinasihatkan terus berwaspada dan mengamalkan langkah pencegahan walaupun jangkitan virus ini masih ditahap minimum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran dagangan sempena kongres Oral dan Pembedahan Maxillofacial (rahang atas) Asia Ke-9 (ACOMS) selama tiga hari di sini, Jumaat.

Katanya, selain langkah pencegahan yang telah dimaklumkan sebelum ini, orang ramai dinasihatkan mendapatkan suntikan vaksin 'trivalent' di mana-mana hospital swasta berdekatan.

Ini kerana, katanya, pemberian vaksin tersebut di hospital kerajaan hanya memfokuskan kepada golongan yang berisiko tinggi.

Kebimbangan orang ramai terhadap jangkitan H1N1 meningkat kebelakangan ini setelah terdapat laporan mengatakan seorang rakyat Hong Kong dikenal pasti dijangkiti virus tersebut di negara itu pada 18 November lepas.

Sementara itu, beliau berkata kes kematian akibat denggi meningkat pada tahun ini berbanding tahun lepas, iaitu 127 kematian daripada 43,281 kes yang dilaporkan.

Selangor mencatat angka kematian tertinggi iaitu sebanyak 43 kes.

"Berbanding tahun lepas, kes kematian akibat denggi cuma 78 kes daripada 3,715 kes terkumpul dan ini menunjukkan terdapat peningkatan ketara terhadap kes ini," katanya.

Rosnah berkata orang ramai perlu mengambil sikap lebih berwaspada dengan mengutamakan kebersihan di kawasan tempat tinggal dan amalan gotong-royong.

"Jika terdapat pihak yang masih degil dan tidak menjaga kebersihan kawasan kediaman mereka, mereka boleh dikenakan kompaun sehingga RM500," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bidang pembedahan oral dan rahang atas yang semakin berkembang di negara ini bukan sahaja menunjukkan Malaysia maju dalam bidang perubatan pergigian malah mampu menyumbang dari segi pelancongan kesihatan.

"Ini dapat dilihat menerusi perkembangannya yang seiring dengan kemajuan teknologi, pertambahan tenaga pakar yang bertauliah di samping kos pembedahan yang antara termurah di rantau ini," kata beliau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lelongan Ternakan MAHA 2010 Sabtu Ini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain