suria

Pemilihan PKR: Azmin Kekal Di Depan

PETALING JAYA: Sebanyak 41 lagi cabang PKR di seluruh negara mengadakan pemilihannya melibatkan sembilan negeri di seluruh negara, Sabtu.

Di Pulau Pinang lima cabang terlibat, Terengganu (8), Perak (7), Wilayah Persekutuan (6), Sabah (5), Johor (4), Sarawak (3), Melaka (2) dan Selangor (1).

Pengundian yang masuk hari kedua dalam minggu ketiga, kali ini agak berbeza kerana kerusi tumpuan iaitu timbalan presiden dan kini tinggal dua penjuru apabila Datuk Zaid Ibrahim menarik diri, lapor Malaysiakini.

Keputusan tidak rasmi daripada 124 cabang - 99 semalam dan 25 yang diperoleh setakat ini, Azmin Ali kekal di depan dengan majoriti 6,530 undi.

Beliau mendapat keseluruhan 8,706 undi manakala Mustaffa pula dengan 2,176 undi.

Keputusan rasmi dijadual diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution setiap pagi Isnin.

Artikel Lain