suria

PGM Tawau Rampas Rokok Dan Minuman Keras Seludup RM1.8 Juta

TAWAU: Pasukan Gerakan Marin (PGM) di sini berjaya merampas rokok pelbagai jenama dan minuman keras bernilai RM1.8 juta dipercayai diseludup masuk ke Tawau, awal pagi Sabtu.

Pemangku Pegawai Pemerinah PGM Tawau ASP Mohammad Ismail berkata barangan berkenaan dirampas dari sebuah gudang penyimpanan di Jalan Kinabutan Tiku kira-kira pukul 8 pagi selepas membuat intipan selama tiga jam.

Daripada jumlah itu, RM1.647 juta adalah nilai rampasan rokok termasuk cukai, manakala nilai minuman keras yang dirampas pula ialah RM111,908, katanya kepada pemberita,Ahad.

Rampasan itu juga katanya, adalah yang terbesar di Sabah bagi tahun ini.

Beliau juga percaya gudang penyimpanan tersebut digunakan sebagai tempat transit barangan seludup sebelum diedarkan ke seluruh Sabah.

Mohammad berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. -BERNAMA

Artikel Lain