suria

Buruh Maut Dalam Kejadian Langgar Lari

SEREMBAN: Seorang buruh maut manakala rakannya parah apabila dilanggar sebuah kereta ketika sedang melakukan kerja pembaikan jalan di KM266, Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), dekat sini, awal hari ini.

R. Vijentheran, 25, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian, manakala rakannya yang parah kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar di sini.

Pegawai Turus Trafik negeri Asisten Supritendan (ASP) Abdul Halil Hamzah berkata kedua-dua lelaki itu dilanggar ketika mereka sedang melakukan kerja pembaikan jalan di lorong tengah dan kiri lebuh raya berkenaan pada pukul 2.30 pagi.

"Difahamkan, kereta terbabit hilang kawalan dan memasuki lorong tengah jalan yang telah diletakkan kon lalu melanggar mangsa.

"Selepas melanggar kedua-dua mangsa, kereta itu dikatakan sempat berhenti sejauh 500 meter sebelum memecut...melarikan diri," katanya di sini.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain