suria

Pesawat Kargo UPS Terhempas Di Dubai, Dua Terbunuh

DUBAI: Sebuah pesawat kargo UPS terhempas sebaik sahaja berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Dubai, Jumaat malam. Pesawat Boeing 747-400 itu dalam perjalanan ke bandar raya Cologne, Jerman, apabila ia menjunam, menurut UPS, sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran utama.

"Rekod UPS menunjukkan ada dua pekerja UPS di dalam pesawat. Tiada yang diketahui terselamat," kata syarikat yang beribu pejabat di Atlanta dalam laman webnya.

Laporan media memetik pegawai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam sebagai berkata bahawa mayat juru terbang dan pembantu juru terbang telah dibawa keluar dari bangkai pesawat itu.

Pesawat itu terhempas pada kira-kira 7.45 malam dalam satu kawasan yang tidak berpenghuni dekat Jalan Emirates dan Jalan Al Ain.

Pengerusi dan Ketua Eksekutif UPS Scott Davis menyifatkan insiden itu sebagai tragedi teruk dan menyampaikan simpati kepada keluarga danrakan mangsa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Seattle, Boeing berkata ia akan menghantar satu pasukan ke Dubai bagi menyediakan bantuan sokongan kepada siasatan atas jemputan pihak berkuasa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain