suria

Promosi Kraf Aidilfitri Di Kompleks Kraf

KUALA LUMPUR: Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay di sini akan mengadakan promosi kraf Aidilfitri 2010 selama 12 hari mulai Jumaat sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.

Promosi yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, kali keenam ini mengetengahkan jualan produk kraf, demonstrasi, interaktif produk kraf, masakan, perkhidmatan dan pameran produk bingkisan Hari Raya, kata Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan, Misroni Sulaiman.

"Jualan promosi itu diadakan dari pukul 10 pagi hingga 6 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Misroni berkata, aktiviti 'Mantai Aidilfitri' berkonsepkan gotong-royong turut dianjurkan bertujuan mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan masyarakat Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain