Calon "Boleh Menang" Faktor Utama Kekalkan Kerusi BN - Semasa | mStar

Calon "Boleh Menang" Faktor Utama Kekalkan Kerusi BN

KUCHING: Penyandang Barisan Nasional (BN) tidak dijamin akan bertanding di kerusi masing-masing kerana telah diputuskan hanya "calon yang boleh menang" akan dipilih bagi mewakili BN pada pilihan raya negeri akan datang.

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan Ikom berkata walaupun SPDP telah memutuskan untuk mengekalkan semua penyandangnya pada pilihan raya negeri ke-10, namun keputusan itu belum muktamad dan mungkin berubah pada saat akhir mengikut perkembangan semasa. "Tidak wujud keadaan bahawa kerusi itu adalah milik penyandang atau mana-mana parti komponen," katanya kepada pemberita selepas menerima trofi Golf Sarawak Inter-Community Golf 2010 dan KGS Captain's Alumni Golf di pejabatnya di sini Khamis.

Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi negeri berkata malahan dirinya sendiri sebagai menteri penuh negeri, presiden parti dan wakil rakyat juga masih belum pasti sama ada akan dikekalkan oleh pucuk pimpinan BN.

"Jika peluang BN untuk menang di kerusi tertentu mungkin terjejas, kita perlu memberi keutamaan kepada kepentingan BN," katanya.

Mengenai pilihan raya negeri yang dijangka diadakan awal tahun depan, Mawan berkata ia dijangka lebih mencabar daripada pilihan raya negeri 2006 kerana parti-parti pembangkang kini lebih selaras dan agresif.

Parti komponen BN Sarawak terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan SPDP.

PBB menguasai 34 kerusi negeri diikuti SUPP dengan 11 kerusi, PRS (sembilan) dan SPDP (lapan) dengan hanya SUPP dan PRS tewas di beberapa kerusi kepada pembangkang pada pilihan raya negeri 2006, manakala PBB dan SPDP menang di semua kerusi yang ditandingi.

SUPP diperuntukkan 19 kerusi tetapi tewas di lapan kerusi, terutama kepada DAP manakala PRS yang diperuntukkan 10 kerusi, tewas di Ngemah kepada calon Bebas.

Sarawak mempunyai 71 kawasan Dewan Undangan Negeri dan penggal sekarang akan tamat pada Julai 2011. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain