suria

Kanak-Kanak Berusia Setahun Maut Tercampak Dari Kereta

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki maut apabila dia tercampak keluar dari kenderaan yang dipandu oleh bapanya yang dilanggar sebuah kereta jenis lain di KM 101.2 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Lanchang, Selasa.

Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, Lau Hau Kang yang berusia satu tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Lanchang akibat kecederaan parah di badan.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.10 pagi apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapanya berusia 38 tahun dalam perjalanan dari Raub ke Kuantan telah dirempuh dari belakang oleh kereta Toyota.

"Kenderaan pacuan empat roda tersebut hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan sebelum terbalik," katanya.

Katanya, mangsa dan ibunya telah tercampak keluar dari kenderaan itu manakala bapa mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Beliau berkata, ibu mangsa cedera parah dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital manakala bapanya hanya cedera ringan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain