M'sia Wujudkan Pusat Pendidikan Tinggi Di Luar Negara; Pensyarah Perubatan Naik Gaji & Skim Insentif - Semasa | mStar

M'sia Wujudkan Pusat Pendidikan Tinggi Di Luar Negara; Pensyarah Perubatan Naik Gaji & Skim Insentif

PUTRAJAYA: Malaysia kini bergerak selangkah ke hadapan untuk menjadikan negara ini sebagai hub pendidikan serantau dengan penubuhan Pusat Pendidikan Tinggi Malaysia di beberapa buah negara asing.

Langkah ini adalah hasil penjenamaan semula Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di luar negara melalui pengabungan peranannya dengan Pusat Promosi Pendidikan Tinggi Malaysia.

Buat masa ini terdapat 10 pejabat MSD di luar negara iaitu di Kaherah, Jakarta, Amman, London, Wellington, Perth, Sydney, Chicago, Los Angeles dan Washington DC dan empat Pusat Promosi Pendidikan Tinggi Malaysia di China, Dubai, Indonesia dan Vietnam.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkan demikian berkata, lokasi baru Pusat Pendidikan Tinggi Malaysia ini telah dikenalpasti untuk diwujudkan di Thailand, Kazakhstan, Amerika Latin dan Eropah.

“Dan hasil penjenamaan semula MSD di luar negara, kita akan menyaksikan pengwujudan 19 Pusat Pendidikan Tinggi Malaysia termasuk lima di lokasi baru,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengajian Tinggi, Selasa.

Kata Khaled, Pusat Pendidikan Tinggi Malaysia itu juga akan berfungsi sebagai pusat sehenti untuk pelajar-pelajar antarabangsa mendapatkan maklumat mengenai institusi-institusi pengajian tinggi negara.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan semakan semula gaji dan juga skim insentif untuk 1,894 pensyarah perubatan - klinikal dan pra-klinikal.

Jelasnya, tidak sepertimana doktor yang bertugas di hospital, doktor yang bertugas sebagai pensyarah di universiti perlu mengajar, merawat dan menjalankan kajian sebagai sebahagian daripada disiplin mereka.

“Mereka terpaksa menanggung bebanan yang sangat besar dan oleh yang demikian adalah wajar skim gaji mereka dikaji semula untuk membolehkan mereka mendapat faedah yang setimpal dengan tanggungjawab mereka,’’ ujarnya.

Semakan semula gaji dan skim insentif itu berkuatkuasa 1 Julai lalu dan bakal menyaksikan pensyarah perubatan menikmati apa yang selama ini dinikmati oleh rakan sejawatan mereka yang bernaung di bawah Kementerian Kesihatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Najib Mengikuti Perkembangan iPhone

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?