Polis Pantau Perhimpunan Anti Samy Vellu - Semasa | mStar

Polis Pantau Perhimpunan Anti Samy Vellu

KLANG: Polis akan memantau perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di sini esok walaupun ia dikatakan dijalankan secara tertutup, kata Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamed Mat Yusof.

Beliau berkata walaupun demikian, pegawai dan anggota polis akan dihantar bagi menghalang sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Setakat hari ini tiada permit dikeluarkan polis bagi perhimpunan itu, Polis juga tidak tahu bilangan penyokong yang akan mengambil bahagian dalam perhimpunan itu. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami akan memantau majlis itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengulas kenyataan anggota jawatankuasa kerja pusat MIC yang dipecat K.P. Samy, dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa perhimpunan itu dijadual diadakan di Dewan Hamzah dekat sini esok yang akan diteruskan walaupun tanpa permit polis.

Perhimpunan pertama yang diadakan pada 30 Mei di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia di Mines Resort City di Kuala Lumpur dihadiri lebih 5,000 orang.

Gerakan itu adalah hasil inisiatif bekas timbalan ketua pemuda MIC V.Mugilan dalam usaha untuk mendapatkan 500,000 tandatangan daripada anggota MIC di seluruh negara bagi memaksa Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu supaya segera mengundurkan diri dan bukan pada 2011.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC Selangor, M. Shanker Raj Ayenger, berkata pergerakan itu akan memutuskan sama ada untuk memprotes cadangan mengadakan perhimpunan itu dalam persidangan agung tahunan kebangsaan, esok.

"Ketua Pemuda MIC Kebangsaan T. Mohan akan memutuskan perkara itu," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Klang bagi membantah perhimpunan GAS itu.

Artikel Sebelum

PGM Pengkalan Kubor Rampas Minyak

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain

Guardiola bakal tinggalkan City?