suria

Sembilan Buah Rumah Kedai Terbakar Di Batu Gajah

BATU GAJAH: Sembilan buah rumah kedai di Jalan Besar, Tanjung Tualang di sini musnah dalam kebakaran yang dikatakan membabitkan kerugian lebih RM500,000 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner (ACP) Najib Mohamad, semua penghuni premis-premis berkenaan berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kira kira 11.30 malam itu.

Antara premis yang terbabit ialah kedai runcit, kedai menjahit pakaian, restoran, kedai gunting rambut dan tempat kediaman.

Najib berkata punca kebakaran sedang disiasat.

Lebih 20 anggota bomba beserta tiga jentera dihantar untuk memadam kebakaran dalam tempoh 45 minit. - BERNAMA

Artikel Lain