Penjara Balasan Sebabkan Kematian Bapa Saudara - Semasa | mStar

Penjara Balasan Sebabkan Kematian Bapa Saudara

Sembilan tertuduh dihukum penjara kerana sebabkan kematian bapa saudara. Foto THE STAR oleh IQMAL HAQIM ROSMAN
Sembilan tertuduh dihukum penjara kerana sebabkan kematian bapa saudara. Foto THE STAR oleh IQMAL HAQIM ROSMAN

SHAH ALAM: Hasrat membela maruah adik yang dicabul berakhir dengan tragedi selepas bapa saudara yang melakukan perbuatan terkutuk itu mati di tangan sembilan beradik yang marah selepas mangsa, R.Praphukumar enggan meminta maaf atas kelakuannya.

Lebih tragis, kematian Praphukumar berlaku di restoran miliknya sambil disaksikan oleh isteri dan tujuh pekerja yang tidak mampu menyelamatkannya daripada diserang dengan pelbagai senjata berbahaya seperti parang, pisau, tukul, batang besi dan topi keledar.

Selepas tiga tahun kematiannya, hari ini sembilan anak saudaranya, iaitu K.Bagavathy, 22, A.Poovendren, 21, s.Kumaraselvam, 22, T.C Letchumanan, 31, G.James, 23, T.C Anan Babu, 25, T.C Rajanderan, 26, V.Arvindran, 24, dan T.C Raja Segaran, 26, menerima hukuman mereka.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Siti Khadijah S Hassan Badjenid memerintahkan semua mereka menjalani hukuman penjara antara lapan tahun dan sembilan tahun setengah bulan selepas menerima pengakuan salah tertuduh.

Ketika membacakan penghakimannya, Siti Khadijah berkata, hukuman itu mengambil kira faktor kepentingan awam, fakta kes selain usia tertuduh yang masih muda, iaitu antara belasan tahun hingga awal 20-an semasa kejadian.

Beliau juga memerintahkan hukuman itu bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap, iaitu sekitar tahun 2007.

Tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian mangsa, seorang warganegara India dalam satu perhimpunan haram pada pukul 12.30 tengah malam, 3 Mac 2007, di hadapan restoran Tripple 8 Corner, nombor 559, Jalan SP2, Taman Segar Perdana, Cheras, dekat sini.

Pengakuan salah itu dibuat sebaik sahaja pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Isa Hassim menawarkan pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Barisan pembelaan pula dibarisi peguam-peguam Roy Gingkoi, K.A. Ramu, S.S.Ruban, Josha T.Sambanthan dan Krishnan Papoo.

Fakta menyatakan, kejadian berpunca selepas adik tertuduh mengadu mangsa yang berkahwin dengan salah seorang ibu saudara mereka telah menarik bajunya sehingga koyak sebelum memeluk dan mencium badannya.

Berang dengan tindakan itu, kesemua tertuduh berjumpa mangsa yang sedang makan untuk menyuruh dia meminta maaf.

Mangsa yang enggan berbuat demikian kemudiannya diserang sehingga parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang, dekat sini.

Mangsa disahkan mati pada 10 Mac 2007.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain