suria

Bekas Datuk Bandar Ipoh Meninggal Dunia

Allahyarham Datuk Ismail Shah Bodin, bekas Datuk Bandar Ipoh yang meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh pada 6.45 petang semalam. Allahyarham merupakan Datuk Bandar kedua Ipoh yang berkhidmat dari 1993 hingga 1994. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Fatimah Mohd Rashid, 64, dan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan. - Foto BERNAMA

IPOH: Bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ismail Shah Bodin, 71, meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah di Pusat Pakar Perubatan Ipoh, petang semalam.

Beliau merupakan Datuk Bandar kedua Ipoh yang berkhidmat dari 1993 hingga 1994.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Fatimah Mohd Rashid, 64, dan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.

Anak lelakinya, Azlan Shah, 34, memberitahu pemberita bapanya meninggal dunia pada 6.45 petang.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Jalan Kuala Kangsar di sini, selepas Zuhur hari ini.

Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, anggota exco dan pegawai kanan kerajaan serta kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh turut menziarahi keluarga Allahyarham pagi ini.

Dr Zambry menyifatkan kematian Ismail sebagai satu kehilangan besar kepada negara, khususnya Perak kerana beliau seorang tokoh yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk Negeri Perak.

Artikel Lain