suria

Tukang Masak Didenda RM20,000 Miliki DVD, VCD Cetak Rompak

KUALA LUMPUR: Seorang tukang masak hari ini didenda RM20,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana didapati bersalah memiliki dua salinan DVD dan empat salinan VCD cetak rompak tiga tahun lepas.

Hakim Mohd Nasir Nordin turut mengenakan bon berkelakuan baik dengan bercagar RM3,000 selama dua tahun terhadap Sung Siew Chun, 25, berhubung 14 pertuduhan yang serupa kerana memiliki 50 keping salinan DVD dan VCD pelbagai tajuk filem.

Sung, dari Cheras, didakwa melakukan kesalahan itu di balkoni Elite Trading, tingkat satu, Plaza OUG, Jalan Klang Lama pada 5 petang 17 Jan 2007.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Nurul Ain Hamzah manakala Sung diwakili peguam S. Kulasegaran.

Sung membayar denda itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain