suria

Kes Kematian Pengawal Istana Kelantan Disiasat Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

KOTA BARU: Polis akan menyiasat kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad hari ini yang cedera ditembak pada 1 Mei lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah berkata, sebelum ini polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat).

"Polis akan menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas mangsa meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini tetapi enggan mengulas mengenai perkembangan siasatan kes itu.

Dalam kejadian 1 Mei lepas, Ramli yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah, ditembak oleh seorang suspek yang tidak dikenali di Kampung Kok Keli, Tumpat.

Beliau mengalami kecederaan parah akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat.

Ramli meninggal dunia pada 3.30 pagi hari ini di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII)di sini. - BERNAMA

Artikel Lain