Saksi Utama Kes Tembak Remaja Beri Kenyataan Buat Kali Ketiga: Peguam - Semasa | mStar

Saksi Utama Kes Tembak Remaja Beri Kenyataan Buat Kali Ketiga: Peguam

SHAH ALAM: Saksi utama kes kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada 26 April lepas akibat terkena tembakan polis, dipanggil buat kali ketiga untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor petang ini, menurut peguam yang mewakilinya.

Muhammad Azamuddin Omar, 15, yang diiringi peguam yang mewakilinya N.Surendran dan Lathefa Koya dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam, Monaliza Mokhtar tiba di ibu pejabat polis itu kira-kira 5.20 petang.

Mereka keluar dari pekarangan ibu pejabat polis itu kira-kira setengah jam kemudian selepas kenyataannya direkodkan.

Bercakap kepada pemberita, Surendran berkata Azamuddin yang berada bersama Aminulrasyid dalam kereta ketika kejadian, hari ini ditanya sembilan soalan, sesetengahnya soalan yang sama pernah ditanya.

Dalam kejadian pada 2 pagi itu, Aminulrasyid mati terkena tembakan yang dilepaskan polis yang mengejar kereta yang dipandu remaja itu sepanjang enam kilometer pada kadar kelajuan tinggi sebelum terbabas di Seksyen 11, di sini.

Lathefa berkata, beliau dan Surendran yang mewakili Aminulrasyid dan Azamuddin terkejut apabila mendapat tahu panel siasatan yang diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop meninjau tempat kejadian tanpa memaklumkan kepada mereka.

Katanya, mereka telah menghantar surat pada 3 Mei untuk dapatkan skop siasatan tetapi masih belum menerima jawapan. Menjawab soalan, Surendran berkata mereka mempersoalkan keanggotaan semua panel siasatan dan bukan hanya bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohammed Haniff Omar.

Beliau juga mempersoalkan kenapa Abu Seman, yang bertanggungjawab bagi pasukan polis, mempengerusikan panel itu.

Selain Abu Seman dan Mohammed Haniff, anggota lain panel siasatan itu ialah anggota Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Keselamatan) Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz; anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Datuk Dr Michael Yeoh; bekas anggota Suhakam Dr Denison Jayasooria; penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim dan Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Datuk Abdul Halim Sidek. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain