suria

Cardiff City Bakal Milik Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Tokoh korporat tempatan, Tan Sri Vincent Tan bakal menjadi pemegang saham terbesar kelab bola sepak Cardiff City yang berkemungkinan beraksi dalam Liga Perdana Inggeris musim depan.

Tan dan juga rakan kongsi perniagaannya, Datuk Chan Tien Ghee akan membeli 36.7 peratus kepentingan kelab bola sepak Wales itu yang bernilai RM29.2 juta.

Pasukan berkenaan bakal berhadapan dengan Leicester City pada peringkat pertama perlawanan akhir pada 12 Mei ini.

Perjanjian tersebut menjadikan Tan dan Chan sebagai rakyat Malaysia pertama memiliki kelab bola sepak di Britain.

Chan mengesahkan bahawa mereka telah melabur dalam kelab itu serta segala perjanjian mengenainya akan diputuskan dalam satu mesyuarat pada 27 Mei ini.

Usahawan dari Johor itu yang juga peminat pasukan Cardiff City dijangka akan menjadi pengerusi baru kelab berkenaan.

Chan, seorang peguam telah melabur dalam pasukan Cardiff City dan telah dilantik sebagai pengarah kelab itu November lalu.

Sumber terdekat dengan Tan bagaimanapun menegaskan penyertaan jutawan berkenaan dalam kelab berusia 100 tahun itu adalah pelaburan persendirian tanpa melibatkan kumpulan perniagaannya.

Artikel Lain