Pekerja Kilang Mengaku Tidak Bersalah Tipu Pengurus Syarikat Besi Buruk - Semasa | mStar

Pekerja Kilang Mengaku Tidak Bersalah Tipu Pengurus Syarikat Besi Buruk

SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan cuba menipu seorang pengurus syarikat RM7,000 berhubung penawaran tender besi buruk, tiga tahun lalu.

J. Krishna Murti, 30, dari Pulau Carey, dekat sini, dituduh cuba memperdaya K. Thayalan, Pengurus Syarikat Sri Muda Metals Sdn Bhd, sehingga mempercayai bahawa syarikat itu mendapat tender daripada syarikat perladangan, Golden Hope.

Tertuduh didakwa meminta pengurus itu membayar RM7,000 untuk mendapatkan surat kelulusan tender sedangkan Golden Hope tidak memberi sebarang tender kepada syarikat besi buruk itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Kentucky Fried Chicken di Teluk Panglima Garang, dekat sini, pada pukul 6.10 petang, 6 Feb, 2007.

Krishna, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain