BN Akan Letak Calon Mesra Rakyat Di Hulu Selangor : Hishammuddin - Semasa | mStar

BN Akan Letak Calon Mesra Rakyat Di Hulu Selangor : Hishammuddin

PUTRAJAYA: Calon yang mempunyai hubungan baik dengan masyarakat tempatan akan memastikan Barisan Nasional menang pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Calon BN akan diumumkan oleh pucuk pimpinan dan berdasarkan pengalaman kita sebelum ini, calon itu perlu mempunyai hubungan baik dengan orang ramai dan masyarakat tempatan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini mengumumkan SPR akan bermesyuarat Jumaat depan untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil di situ berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat malam tadi akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum lalu, Zainal Abidin menewaskan penyandang kerusi itu ketika itu, Datuk G.Palanivel daripada BN dengan majoriti 198 undi.

Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu hari ini berkata bahawa MIC akan mencadangkan kepada BN supaya Palanivel, yang juga Timbalan Presiden MIC, dicalonkan semula bertanding di situ.

Hishammuddin berkata kemenangan BN turut bergantung kepada kempen yang akan dilakukan oleh parti-parti komponennya yang perlu bergerak sama untuk membantu Umno Selangor menghadapi pilihan raya kecil itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

ATM Rayu Naik Gaji Anggota

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain