Saranan Agar Zahrain Letak Jawatan Cermin Sikap Sebenar Pembangkang - Dr Zambry - Semasa | mStar

Saranan Agar Zahrain Letak Jawatan Cermin Sikap Sebenar Pembangkang - Dr Zambry

IPOH: Saranan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil mencerminkan sikap sebenar pembangkang yang "pilih bulu".

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pemimpin pembangkang tidak akan membuat saranan serupa sekiranya wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) meninggalkan parti dan menyertai mereka.

"Sebagai contoh, semasa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Perak menyertai Pakatan Rakyat... Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyambutnya dengan baik dan tiada desakan untuk mengosongkan kerusi.

"Mereka tidak akan membangkang perkara yang memberi kelebihan dan keuntungan kepada mereka tetapi apabila kena batang hidung sendiri lain pula ceritanya," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan Cina Perak di Hotel Impiana di sini hari ini.

Semalam Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata tindakan Zahrain yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lepas dan menjadi anggota Parlimen Bebas, dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat.

Katanya wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lepas dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain