Pelbagai Pihak Cuba Curi Perhatian Di Luar Mahkamah - Semasa | mStar

Pelbagai Pihak Cuba Curi Perhatian Di Luar Mahkamah

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mendakwa Pengerusi Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar mengedarkan risalah menentang Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pekarangan mahkamah.

Dia juga mendakwa tiada pihak yang menajanya untuk bercakap di tempat awam.

Sebelum itu, dia sempat bercakap kepada pihak media dan mempersoalkan kes liwat yang sedang berlangsung dibuat secara tertutup pagi tadi.

Dia hadir ke mahkamah untuk menyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sementara itu, kira-kira pukul 2.40 petang tadi, seorang lelaki yang tidak dikenali mencabar anggota polis yang mengawal pintu utama kerana tidak membenarkannya memasuki mahkamah.

Lelaki itu turut menjerit kepada polis yang bertugas sambil berkata, "Saya tidak takut ditahan polis. Saya sudah ditahan banyak kali oleh polis."

Artikel Sebelum

Pelatih PLKN Dibenar Cuti Hingga 16 Februari

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Luiz dedah punca pindah ke Arsenal