Arak Bernilai Lebih RM50,000 Dirampas Dari Bot Mewah - Semasa | mStar

Arak Bernilai Lebih RM50,000 Dirampas Dari Bot Mewah

PULAU PINANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang merampas pelbagai jenis arak berjenama bernilai RM50,255 yang cuba diseludup dari Langkawi ke Pulau Pinang melalui jalan laut di sini Isnin lepas.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, pihaknya menahan sebuah bot mewah yang datang dari arah Jambatan Pulau Pinang menuju ke jeti Jabatan Laut Batu Uban pada pukul 10.15 malam yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, terdapat 95 botol dan 96 tin arak pelbagai jenama serta 62 botol bir yang disorok di salah satu kompatmen dalam bot mewah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, salah seorang daripada tiga lelaki yang mengendalikan bot tersebut mendakwa kesemua arak yang dibawa itu adalah untuk kegunaan sendiri.

"Namun hasil pemeriksaan lanjut mendapati mereka cuba menyeludup arak bernilai RM50,255.50 termasuk cukai itu dari pulau bebas cukai Langkawi ke negeri ini," katanya.

Robert berkata, ketiga-tiga rakyat tempatan berusia antara 30 dan 40 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes itu disiasat menurut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda amaun duti kastam atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Artikel Sebelum

APMM Tahan Dua Bot Cuba Seludup Diesel

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain