suria

200 Hilang Dalam Runtuhan Hotel Di Haiti

PARIS: Kira-kira 200 orang hilang setelah sebuah hotel yang menjadi tumpuan pelancong terletak di tengah ibu negara Haiti musnah akibat satu gempa bumi yang berukuran berukuran 7 pada skala Richter melanda kepulauan Carribean lewat malam semalam, kata Menteri Perancis kepada Radio 1 Eropah.

"Saya merujuk kepada Hotel Montana yang menempatkan pelancong serta rakyat Perancis yang bekerja di Haiti dan menginap di hotel itu.

"Kita dimaklumkan bahawa 300 orang berada di dalam hotel tersebut ketika bangunan itu musnah dan lebih kurang 100 pengunjung berjaya menyelamatkan diri, kami amat bimbang mengenai perkara ini," kata Setiausaha Kerjasama Negeri, Alain Jayandet.

Katanya lagi, lebih kurang 60 rakyat Perancis telah ditempatkan di pusat perlindungan kedutaan Perancis di Port-au-Prince dan jumlah itu semakin meningkat. Bangunan kedutaan dan kediaman duta juga turut musnah dalam kejadian itu.

Menteri itu turut memberitahu AFP bahawa Perancis telah menghantar dua buah kapal terbang pada Rabu berserta bantuan kemanusian.

"Kami telah menghantar dua buah kapal terbang hari ini, satu darinya daripada Fort-de-France (Martinique) dengan 25 orang pasukan polis dan bantuan serta kakitangan hospital, manakala sebuah lagi dari Marseille (selatan Perancis) lengkap dengan 60 orang pasukan bantuan."

Ditanya mengenai landasan kapal terbang bandar itu, beliau memberitahu telah dimaklumkan dua buah kapal terbang bantuan itu boleh mendarat.

Dianggarkan 1,400 rakyat Perancis menetap di Haiti, 1,200 orang daripadanya menetap di Port-au-Prince. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain