suria

Dua Beranak Maut Dalam Nahas Jalan Raya

KUANTAN: Dua beranak maut selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai dirempuh sebuah lori tiga tan bermuatan tong ikan kosong di Km 25 Jalan Kuantan-Kemaman dekat sini, semalam.

Pemandu kereta berkenaan, Sahat Mohd Isa dari Taman Bahagia Baru, Batu Pahat, Johor dan anaknya Faridah Sahat, 31, Orang Kurang Upaya (OKU) yang berada di tempat duduk belakang, maut di tempat kejadian manakala isterinya yang berada di tempat duduk hadapan, Habsah Bujang, 61, cedera parah.

Turut cedera parah adalah kelindan lori terbabit, Abdul Ghani Awang Hamat, 62, manakala seorang lagi kelindan, Mohd Hafizi Fauzi, 19, dan pemandu lori berkenaan (nama belum diketahui) hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, kejadian kira-kira 4.50 petang itu berlaku ketika sekeluarga berkenaan dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kemaman. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain