suria

Miliki Dadah Dan Racun, Dua Sahabat Terlepas Hukuman Gantung

SHAH ALAM: Dua sahabat ternyata bernasib baik kerana terlepas daripada hukuman gantung, sebaliknya hanya dijatuhi hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Sebelum itu, mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan memiliki dadah jenis ketamin dan methampethamine serta dua racun jenis Diphenylhydramine dan Ephedrine di sebuah hotel di Hulu Langat, tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad menjatuhkan hukuman penjara dua setengah tahun kepada Wong Kok Kong, 27, dan Chu Yue Ling, 23, selepas mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan memiliki Ketamin seberat 485.88 gram di No: 2101, Hotel Prescott Metro Inn, Jalan Semenyih, Hulu Langat, kirakira pukul 12.30 pagi pada 6 Sept tahun lepas.

Keduadua tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengedar Ketamin mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bagaimanapun menukar pengakuan mereka selepas pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan iaitu memiliki ketamin mengikut Seksyen 12 (2) Akta yang sama yang sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) Akta itu yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Asmabi turut memerintahkan Wong menjalani hukuman penjara tiga setengah tahun dan tiga sebatan serta memerintahkan Chu menjalani hukuman penjara tiga setengah tahun bagi kesalahan memiliki Methamphetamine seberat 9.814 gram di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Keduadua tertuduh masingmasing turut dijatuhi hukuman penjara dua tahun bagi kesalahan memiliki racun jenis Diphenylhydramine dan Ephedrine juga di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Keduadua kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman mengikut Seksyen 30 (5) Akta yang sama iaitu denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah memerintahkan Wong dan Chu menjalani kesemua hukuman secara serentak berkuatkuasa dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada hari kejadian.

Terdahulu, peguam K.L.Chee yang mewakili keduadua tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan keduadua anak guamnya telah insaf dan kesal atas perbuatan mereka serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu pada masa depan.

Timbalan Pendawa Raya Harris Ong Mohd.

Jeffery Ong pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi mesej yang jelas bahawa kesalahan memiliki dadah adalah serius yang boleh mengancam keselamatan negara.

Beliau berkata dua dadah terlibat, Ketamin dan Methamphetamine ialah dadah jenis baru yang popular di kalangan generasi muda berbeza dengan dadah jenis kanabis atau morphin yang merupakan dadah konvensional.

"Dua dadah ini (ketamin dan methamphetamine) mudah digunakan sama ada dihidu melalui hidung atau ditelan sebagai pil.

"Golongan muda yang terdedah kepada dadah ini perlu mendapat mesej yang jelas bahawa jika mereka ingin mencuba dadah ini ia merbahaya bukan sahaja kepada diri tetapi juga orang lain.

"Ini kerana penyalahgunaan dadah ini boleh membawa kepada peningkatan gejala sosial di kalangan golongan muda seperti seks rambang, curi dan ponteng sekolah.

"Justeru wajar keduadua tertuduh diberi hukuman agar mereka benarbenar insaf dan tidak terlibat lagi dalam kesalahan sama di masa depan," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain