suria

Keputusan mahkamah koroner berhubung kes Sujatha esok

KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner akan membuat keputusan berhubung kes kematian aktres K. Sujatha kira-kira 10 pagi esok.

Sejumlah 24 saksi memberi keterangan dalam inkues itu yang dijalankan di hadapan Koroner Mohd Faizi Che Abu.

Sujatha, 28, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 25 Jun 2007, enam hari selepas dia dimasukkan ke hospital setelah didakwa meminum racun rumpai.

Antara saksi yang dipanggil termasuk S. Vell Paari, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings, sepupu beliau Dr S. P. Saktiveloo, seorang doktor pakar yang bertugas di hospital berkenaan, dan dua adik lelaki Sujata.

Sujata pernah bekerja sebagai pembantu peribadi Vell Paari, anak lelaki Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu. BERNAMA

Artikel Lain