suria

Najib hadiri majlis Ijtimak di Nilai

NILAI: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semalam menghadiri majlis Ijtimak di sebuah tanah lapang di sini.

Najib yang tiba di majlis itu pada 5.10 petang bersembahyang Asar sebelum beramah mesra dengan jemaah lain serta bermuzakarah mengenai soal agama dengan para ulamak.

Kira-kira 100,000 pendakwah dari lebih 40 buah negara menghadiri perhimpunan itu yang diadakan di tanah lapang bersebelahan dengan Masjid Kuarters KLIA, di sini.

Perhimpunan tiga hari itu berakhir hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain