SPRM tutup satu daripada kertas siasatan video Lingam - Semasa | mStar

SPRM tutup satu daripada kertas siasatan video Lingam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menutup satu daripada empat kertas siasatan yang dibuka berhubung kes klip video V.K.Lingam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata ini kerana tiada keterangan mencukupi untuk membuktikan pertuduhan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

"Lanjutan daripada cadangan-cadangan yang dibuat Suruhanjaya Diraja berkenaan pita rakaman V.K.Lingam, empat kertas siasatan dibuka oleh Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali sebagai SPRM).

"Tiga daripada kertas siasatan itu telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara," katanya dalam jawapan bertulis kepada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Karpal dalam soalannya ingin tahu mengapa tiada sebarang tindakan susulan diambil terhadap manamana individu berikutan cadangan yang dibuat Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video V.K Lingam.

Mohamed Nazri berkata tiada tindakan lanjut diambil dalam dua daripada kertas siasatan yang dirujuk itu memandangkan tiada keterangan yang menunjukkan bahawa terdapat sebarang kesalahan jenayah telah dilakukan.

Manakala satu lagi kertas siasatan belum lengkap kerana seorang saksi penting belum dapat dikesan, katanya.

Selain itu, beliau berkata tiada sesiapa dapat dikenalpasti melakukan kesalahan semasa pengendalian dokumen terperingkat dalam pertimbangan lantikan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.

Panel lima anggota suruhanjaya mendapati klip video yang menunjukkan peguam Datuk V.K.Lingam sedang berbual di telefon dengan bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan seorang lagi bekas ketua hakim negara Tun Mohd Eusoff Chin kerana salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati terdapat bukti mencukupi untuk menyiasat enam individu berkenaan bagi kesalahan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan serta Akta Profesion Undang-undang 1976. BERNAMA

Artikel Sebelum

Singapura sahkan 17 kes baru H1N1

Artikel Berikut

STPM akan dirombak - Wee Ka Siong

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser