suria

Kerajaan tak cadang daftarkan blogger: Rais

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk mendaftarkan blogger dan mereka bebas untuk menyampaikan maklumat dalam Internet tertakluk kepada undangundang negara demi menjaga keharmonian masyarakat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Dalam proses menyampaikan mesej, walau apapun yang dikenakan oleh pihak berkuasa, laman web masingmasing bebas untuk mencatat, menyampaikan dan memaklumkan sesuatu. Setakat ini perlu dinyatakan kita tidak ada menyenaraikan atau mendaftarkan manamana blogger yang beroperasi dalam Internet, dan tiada cadangan untuk berbuat demikian," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang mendakwa kerajaan lebih menumpukan kepada menyekat kebebasan blogger.

Ketika menjawab soalan asal Datuk Ismail Abdul Muttalib (BNMaran), Rais berkata media cetak dan elektronik tertakluk kepada pelbagai undangundang untuk memastikan kandungan yang disiarkan tidak bercorak fitnah atau hasutan yang boleh memporak-porandakan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata sebagai pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), kandungan yang disiarkan oleh penyiar swasta dikawal selia dengan rapi oleh kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan perlu mematuhi syaratsyarat khas lesen mengenai kandungan.

Mengikut Seksyen 211 dan 233 AKM 1998 tindakan boleh diambil terhadap individu yang memberi kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau yang jelik. Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun, atau keduaduanya sekali.

"Dari tahun 2005 sehingga kini, sebanyak 24 kes melibatkan kompaun RM380,000 di mana pihak penyiar swasta telah dikompaun atas pelbagai kesalahan di bawah AKM 1998 termasuk melanggar syaratsyarat lesen penyiaran," kata Rais.

Beliau berkata bagi kesalahan penyalahgunaan laman web pula, sebanyak enam kes melibatkan lapan orang tertuduh telah dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan menghina Sultan perak, di mana seorang telah mengaku bersalah dan didenda RM10,000.

Katanya, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri menguatkuasakan peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi mengawal selia dan memastikan bahanbahan media cetak termasuk akhbar tidak mengandungi unsurunsur yang tidak diingini, yang boleh mengancam keselamatan dan menggugat kestabilan negara.

Rais juga berkata kerajaan sedang meningkatkan usaha untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di kawasan pedalaman dan di sekolah-sekolah. BERNAMA

Artikel Lain