12 ditahan sertai perhimpunan haram - Semasa | mStar

12 ditahan sertai perhimpunan haram

LAHAD DATU: Polis menahan 12 lelaki yang menyertai perhimpunan haram dan bertindak membakar bendera negeri Sabah di kawasan hadapan Pasar Rakyat dan sebuah pasar raya di sini hari ini.

Ketua Polis Lahad Datu Supt Md Suhaimi Abdul Rahman berkata kesemua yang ditahan itu adalah rakyat tempatan berusia antara 14 dan 41 tahun.

Katanya turut ditahan ketua kumpulan itu berusia 41 tahun yang mendakwa waris Sultan Sulu.

"Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau keduaduanya sekali jika disabitkan kesalahan," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata dalam kejadian pada 8.40 pagi, terdapat dua kumpulan lelaki mengadakan perhimpunan haram di dua lokasi di kawasan Pekan Lahad Datu iaitu di kawasan depan Pasar Rakyat dan sebuah pasar raya.

Katanya kumpulan lelaki berkenaan turut bertindak membakar enam helai bendera negeri Sabah ketika menyertai perhimpunan haram tersebut.

Md Suhaimi berkata anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal perhimpunan haram dan menahan mereka yang menyertai perhimpunan itu.

"Berikutan perhimpunan itu, polis kemudian melakukan kawalan keselamatan di kawasan Pekan Lahad Datu termasuk mengadakan sekatan jalan raya," katanya.

Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan tujuan kumpulan berkenaan mengadakan perhimpunan tersebut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain