suria

Pemuda Umno Gua Musang tidak setuju Ibrahim Ali kembali

GUA MUSANG: Pemuda Umno Gua Musang menolak cadangan agar Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali diundang menyertai semula Umno sebaliknya pergerakan itu mahu beliau kekal sebagai anggota Bebas.

Ketua Pemuda Umno Gua Musang Bazlan Baharuddin berkata pengalaman lepas apabila Ibrahim menentang calon Barisan Nasional pada satu pilihan raya kecil pada 2005 menunjukkan beliau sanggup menentang pucuk pimpinan Umno.

"Kalau dia akur dengan keputusan Presiden dan Timbalan Presiden sebelum ini, dia tidak bertanding sebagai calon bebas menentang calon BN," katanya.

Bazlan berharap pucuk pimpinan Umno tidak mudah tertarik dengan cadangan manamana pihak supaya Ibrahim menyertai semula Umno sebaliknya mereka perlu belajar daripada kesilapan lampau. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain