suria

Cuba sokong usul Malaysia kecam Israel

KUALA LUMPUR: Cuba menyokong usul Malaysia mengutuk kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza yang dibentangkan pada sidang khas Dewan Rakyat pada Isnin.

Duta Besar Cuba ke Malaysia Carlos Amores berkata Malaysia telah menunjukkan kebencian yang teramat sangat terhadap pencerobohan Israel di Gaza.

"Tindakan Israel itu adalah satu perbuatan jenayah. Resolusi yang dipersetujui oleh anggota Parlimen Malaysia pada Isnin yang mengutuk Israel, menunjukkan yang Malaysia membantah kuat pencerobohan Israel," katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program 'Voices From the South' di stesen radio Traxx Fm di sini hari ini.

Beliau berkata selaku pengerusi Pergerakan Negaranegara Berkecuali (NAM), Cuba telah mengeluarkan kenyataan mengutuk pencerobohan Israel di Gaza. "NAM telah membangkitkan perkara ini kepada Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva yang turut mengutuk pencabulan hak asasi manusia oleh Israel di Gaza.

Israel bermaharajalela di Gaza kerana mereka mendapat sokongan Amerika Syarikat, yang akan menggunakan kuasa veto untuk menghalang Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) daripada mengambil tindakan terhadap Israel," katanya.

Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan usul di Dewan Rakyat mendesak PBB menubuhkan serta merta Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi mendakwa jenayah perang yang dilakukan Israel terhadap penduduk Palestin.

Program 'Voices From the South" membincangkan isuisu semasa di negaranegara membangun dengan kerjasama SouthSouth Information Gateway. Traxx Fm merupakan satu daripada stesen radio Radio Television Malaysia (RTM).BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain