140,000 terpilih sertai latihan khidmat negara - Semasa | mStar

140,000 terpilih sertai latihan khidmat negara

PUTRAJAYA: Seramai 140,000 peserta terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi siri 6/2009, dengan Selangor mencatat jumlah peserta paling tinggi iaitu 21,267 atau 15.19 peratus.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, 37,000 daripada jumlah keseluruhan itu merupakan peserta bagi Kumpulan 1 yang memulakan pergerakan mereka hari ini dan esok di 106 pusat berkumpul di seluruh negara.

Katanya, sebanyak 1,099 buah bas dan 47 penerbangan yang melibatkan lapan buah lapangan terbang akan digunakan bagi membawa pelatihpelatih tersebut ke 81 buah kem PLKN yang telah ditetapkan.

"Pergerakan kali ini juga melibatkan seramai 2,806 petugas, dengan 1,099 daripadanya sebagai pengiring, 574 lagi sebagai penyelaras, 178 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 355 anggota Rela, 300 anggota Rakan Muda dan 300 anggota Alumni," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abu Seman sebelum itu menyaksikan pergerakan pelatih di pusat berkumpul Park and Ride, di sini, yang melibatkan seramai 656 pelatih dari Semenanjung yang dibawa ke kem masingmasing oleh 18 buah bas.

Abu Seman berkata, bagi Siri 6/2009, terdapat 1,002 penangguhan yang diberikan atas tiga sebab iaitu mereka berada di institusi pengajian, sedang mengambil peperiksaan yang diiktiraf kerajaan dan mempunyai kesusahan luar biasa.

Siri kali ini juga menyaksikan 684 pengecualian yang diberikan atas sebab-sebab tertentu termasuk berada di bawah mana-mana Akta Tahanan, mengikuti latihan dengan manamana pasukan beruniform seperti tentera atau polis ataupun menghidap penyakit yang tidak boleh sembuh, yang perlu disahkan oleh pegawai perubatan di hospital kerajaan, katanya.

Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata sesiapa yang ingkar untuk mengikuti latihan tersebut tanpa alasan yang munasabah akan diambil tindakan mengikut Akta Khidmat Negara 2003.

Katanya, sejak 2004 sehingga kini, kirakira 6,000 daripada mereka yang terpilih untuk mengikuti program itu gagal menghadirkan diri, dan namanama mereka telah pun dihantar kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Di bawah Akta Latihan Khidmat Negara 2003 hukumannya termasuklah didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga 3 bulan, namun akta ini juga sedang dipinda untuk memasukkan khidmat komuniti sebagai denda," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Abdul Rahim menang YDP Angkasa

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain