suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MIC mahu kerajaan lebih telus bantu kaum India

KUALA LUMPUR: MIC mahu kerajaan melakukan lebih lagi untuk kaum India, bukan hanya sekadar menarik mereka untuk menyokong Barisan Nasional (BN), tetapi dengan memberikan mereka kedudukan yang sama dari segi ekonomi dengan kaum lain, kata Presidennya Datuk Seri S. Samy Vellu.

Walaupun, kerajaan telah mengadakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial kaum itu, beliau berkata, masih terdapat tanggapan di kalangan komuniti itu bahawa masih banyak lagi yang perlu dilakukan.

"Kerajaan mesti lebih terbuka dan telus dalam membantu kaum India di negara ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel penjenamaan semula untuk pengerusi-pengerusi cawangan MIC Selangor di sini hari ini.

Samy Vellu berkata, MIC akan terus mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk merangka inisiatif-inisiatif baru untuk kaum India.

Katanya, beliau tidak mahu kaum itu menyimpan rasa tidak puashati terhadap kerajaan persekutuan dengan kata-kata bahawa mereka telah diketepikan.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Samy Vellu berkata, sejak pilihan raya umum 8 Mac, kerajaan telah mengadakan beberapa inisiatif seperti menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Untuk Kaum India, memperuntuk RM50 juta bagi membina semula sekolah-sekolah Tamil dan mewujudkan tabung di bawah Permodalan Nasional Berhad bagi membantu kaum India membeli saham.

"Tetapi masih banyak lagi perkara seperti permintaan supaya peratus tenaga kerja kaum India ditingkatkan di dalam perkhidmatan awam," katanya.

Katanya, pengambilan itu perlu ditambah sekurang-kurangnya tujuh peratus bagi setiap pengambilan.

Samy Vellu berkata, MIC telah mencadangkan pelbagai langkah baru yang akan dikemukakan kepada kerajan melalui satusatunya wakil MIC dalam Kabinet, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam yang juga Setiausaha Agung parti. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain